Monday, February 14, 2011

Detailed Report on Stress Management on the Road


PENGURUSAN KETEGANGAN "STRESS MANAGEMENT"

14. Pendahuluan

Ketegangan 'stress' adalah normal. Terdapat perbezaan individu dalam menghadapi serta mengendalikannya. Pengetahuan berkaitan pengurusan ketegangan 'stress' adalah penting bagi setiap menusia termasuk pemandu. Ini kerana pemandu sebagai manusia akan berubah tingkah laku ketika berhadapan dengan persekitaran yang berubah. Keadaan jalanraya, pergerakan kenderaan di jalanraya dan tekanan perasaan yang dihadapi oleh pemandu berkaitan masalah peribadi turut melahirkan unsur-unsur negatif. Ini terbawa-terbawa kepada perubahan tingkah laku.

Sebagai manusia, mereka menghadapi tekanan dalam diri yang berbeza dari masa kesemasa. Sebagai pemandu pula akan menyebabkan berlakunya berbagai-bagai karenah pengguna jalanraya dengan cara memandu yang membahayakan diri sendiri dan pemandu lain.

15. Definasi ketegangan

Ketegangan dapat diertikan sebagai penglahiran tekanan dalam diri berkaitan dengan aspek pekerjaan, peningkatan, pencapaian, kehidupan penyelesaian dan perolehan. Tekanan perasaan akan berlaku kerana manusia tidak mampu memperolehi semua yang ingin kerana keupayaan terbatas.

16. Penjenisan Ketegangan

Ketegangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tekanan positif dan negatif. Tekanan positif adalah seperti mengendalikan urusan perniagaan, latihan sukan, raptai, bertunang, berkahwin, kejayaan atau pencapaian sesuatu anugerah. Tekanan negatif pula adalah seperti kematian, sakit, putus tunang, penceraian, kegagalan serta hasrat yang tidak tercapai.

i) Ketegangan Fizikal 'Physical Stress'

Ketegangan fizikal dialami oleh semua orang termasuk pemandu, setelah bekerja seharian, badan menjadi letih dan boleh menjejaskan tumpuan untuk memandu atau terlalu lama memandu pun boleh mengurangkan tumpuan kepada memandu, ini juga boleh menyebabkan kemalangan. Kesan ketegangan fizikal hanya memberikan kesan kepada diri atau anggota badan seseorang. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberikan kesan kepada ketegangan fizikal, dan adalah dinasihatkan kepada pemandu jika ingin mengambil ubat perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu samada boleh memandu atau sebaliknya. Sebagai contoh ubat batuk, lazimnya boleh menyebabkan mengantuk.

ii) Ketegangan Psikologi 'Psychological Stress'

Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada menghadapi kehidupan seharian. Banyak perkara-perkara yang boleh mengganggu fikiran samada sebelum memandu atau semasa memandu. Sebagai contoh anak sakit, atau kanak-kanak perlu rawatan doktor. Oleh kerana tiada kesempatan terpaksa ketempat kerja dahulu, semasa memandu ke pejabat boleh mengganggu fikiran kerana bimbang kalau-kalau sakit yang dihadapi oleh anak tadi bertambah serius. Contoh lain ketika seseorang sedang memandu anak-anak di dalam kereta ada yang menangis, ada yang bergaduh dan menjerit. Perkara-perkara ini boleh mengganggu fikiran pemandu seperti menjadi marah dan tidak boleh mengawal kereta yang dipandu. Ini juga boleh menyebabkan kemalangan.

iii) Ketegangan Fisiologikal 'Physiological Stress'

Ketegangan fisiologikal berlaku apabila seseorang yang menghadapi ketegangan fizikal dan mental serentak. Ini amat merbahaya apabila ia memandu dimana dari segi fizikal iaitu badan yang letih diikuti dengan fikiran yang terganggu maka di dalam ketegangan fisiologikal ini juga boleh menyebabkan kemalangan. Mungkin faktor utama kemalangan maut di negara ini berlaku disebabkan oleh ketegangan fisiologikal. Lazimnya apabila mental dan fizikal terganggu atau menghadapi ketegangan. Sudah pasti tumpuan di jalanraya semasa memandu sudah tidak mampu dibuat. Inilah risiko yang amat tinggi boleh berlaku kemalangan jika diteruskan memandu.

Ketegangan adalah sebahagian daripada kehidupan. Kita harus laluinya, cuma cara mengendalikannya mungkin berbeza diantara individu dengan individu lain.

17. Bagaimana Kesan Ketegangan Semasa Memandu

Sesuatu perkara yang menarik ialah kenderaan dan pemandu mempunyai sistem tersendiri untuk menghadapi ketegangan. Perbezaannya ialah kereta adalah direka untuk dipandu tetapi kita dilahirkan bukan sebagai pemandu. Pemandu perlu dilatih supaya mempunyai pengetahuan, kemahiran serta sikap yang betul untuk mengendalikan kenderaan dengan selamat. Ini kerana jika kenderaan rosak, pemandu perlu mengenal pasti sebab-sebab atau punca kerosakkan dan jika perlu memberhentikan kenderaan tesebut untuk mengelakkan daripada rosak teruk. bagi pemandu pula ianya perlu tahu darjah/tahap ketegangan yang dialami serta perlu tahu cara-cara mengurangkan, mengawal ketegangan sebelum ia 'collaps'.

18. Tiga Peringkat Mengawal Ketegangan

i) Peringkat 1 'Alarm'

Apabila seorang pemandu terkejut dan cuba mengelak atau membrek, tindakbalas serta-merta ini terhadap situasi yang tidak dijangkakan dan ianya berjaya mengatasinya dan masih boleh meneruskan perjalanan atau pemanduannya.

ii) Peringakt 2 'Resistance'

Pemandu yang sedang memandu menghadapi ketegangan fizikal dan psikologi tetapi ia masih mampu mengawal fikiran dan mampu menyesuaikan dengan dirinya/badannya dengan situasi serta mencari jalan keluar di dalam mengatasi permintaan ketegangan yang berlaku. Pemandu masih boleh memandu terus dan berjaya menghadapi ketegangan yang berlaku.

iii) Peringkat 3 'Exhaustion'

Diperingkat seseorang pemandu yang menghadapi ketegangan fizikal dan psikologi yang terus menerus dimana badan dan fikirannya tidak mampu untuk menerimanya. Kesilapan/kesalahan daripadanya mungkin berlaku. Di dalam keadaan ini pemandu harus memberhentikan kenderan tersebut daripada terus memandu kerana jika diteruskan kemalangan boleh berlaku. Pemandu perlu rehat atau senaman secukupnya sebelum menyambung semula untuk memandu.

19. Rancangan Pengurusan Ketegangan

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani ketegangan:

i) Keselesaan memandu amat penting terutama tempat duduk. Keselesaan tempat duduk dan cara duduk yang betul semasa memandu boleh menentukan ketahanan seseorang semasa memandu. Perjalanan darah seseorang penting dalam konsenterasi memandu.

ii) Pakaian yang selesa juga memberikan keselesaan memandu. Jika pakaian terlalu ketat ia akan cepat letih dan tidak selesa kepada pemandu. Dengan melonggarkan sedikit pakaian boleh membantu untuk mencapai keselesaan memandu.

iii) Jika melakukan perjalanan yang jauh. memandu mungkin membosankan. Dengan ada teman untuk berbual boleh mengurangkan ketegangan dan membuatkan seseorang boleh memandu terus dengan selesa.

iv) Jika terlalu letih memandu seorang pemandu boleh berehat seketika, mungkin tidur sebentar atau rehat seketika sambil meminum secawan kopi boleh menghilangkan atau mengurangkan ketegangan dan boleh meneruskan semula perjalanan.

v) Ada juga terdapat sesetengah orang lebih suka melakukan senaman ringan sambil menghirup udara segara kerana ia boleh mengembalikan semula tenaga dan seterusnya mengurangkan ketegangan. Ketegangan tidak selalunya negatif cuma jika kadar ketegangan terlalu tinggi kita sepatutnya berhenti memandu atau tidak memandu langsung. Apa yang penting dengan kadar ketegangan tertentu akan membuatkan kita lebih prihatin dan lebih berhati-hati memandu.

Sumber:

Pemanduan Berhemah. (2007). Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).


Because there are some things in life that you'll never fully understand... :P


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. why is H here and the rest of us not???!!!

    now i'm SETERESSED!!!

    I DEMAND JUSTICE!!!

    ReplyDelete