9. Selesainya majlis, saya pun balik ke kelas, penuh dengan perasaan kagum, bangga, ada juga risau, sedikit sedih, dan agak tercabar.
10. Saya duduk di tempat saya, hendak menenangkan minda sedikit, merenung-renung kembali kejayaan senior-senior saya, dan meyakinkan diri sendiri.
11. Tiba-tiba, datang Jalil, sahabat lamaku, seraya memecahkan ketenteraman sekeliling. Dia duduk di sebelahku. Nampaknya dia dalam keadaan sedih, 'depressed', dan sedikit tercabar juga.
12. Jalil mula 'complain' tentang dirinya yang bersifat malas dan mudah hilang tumpuan (semasa belajar). Agaknya dia risau tentang masa depannya, dan sedih dengan result-result periksanya, yang mencerminkan sifat malasnya, selama menetap di Kolej ini, serta 'takut' dengan result-result 'over the edge' yang telah dicapai oleh abang-abang senior. " Macam mana ni, Megat dapat 12A, Irfan 10A, Ciwan 11A. Aku macam mana?" "Bukannya aku tak pandai, cuma malas ja," kata Jalil dalam keadaan 'depressed'. Dia pun tahu yang dia malas. Dia meminta saya untuk mengubati 'depression'nya.
13. Jalil terperasan yang Lee Jia Jing, yang berada di depan kami, terdengar akan segala keluhannya. Nescaya, Jalil mula mengulangi semua yang dia baru cakap kepadaku tadi kepada Jia Jing. Jia Jing mendengar Jalil cakap sambil tersenyum.
14. " Jia Jing confirm dah dapat 11A1...tak payah risau dah. Tak payah baca buku pun boleh dapat straight A ni, memang guarantee dah..." tambah Jalil, atas sebab kepandaian Jia Jing, dan result periksanya yang boleh dikatakan selalunya 'all A's'. Jia Jing memang pandai. Selalu dapat no.1 dalam tingkatan. Kawan saya, Timothy, pernah cakap, "Kalau nak berkenalan dengan Jia Jing, pi saja Hari Anugerah Cemerlang. Tiap-tiap tahun dia naik pentas." Begitulah kehebatan Lee Jia Jing dalam arena akademik Kolej Sultan Abdul Hamid.
15. Namun, segala apa yang Jalil cakap, dibalas Jia Jing dengan hanya satu ayat, " semua orang sama saja."
16. Betapa hebatnya Lee Jia Jing. Pandai tera dia pun, masih terlalu merendah diri. Bukan macam sesetengah orang, menang apa-apa sikit pun, dah berlagak macam raja. Daripada 'statement'nya itu, sememangnya Jia Jing sangat memahami dan mengerti konsep 'usaha tangga kejayaan' dan 'kerja lebih, dapat lebih'. Sememangnya juga dia tidak lupa sedikit pun dari mana datangnya kejayaannya selama ini, iaitu hasil usaha bersungguh-sungguh yang konsisten dan ikhlas. Tidak dapat dinafikan Lee Jia Jing seorang yang teramat bijaksana.
17. " Memang semua orang sama, tapi hang guna 15 percent daripada otak hang. Aku guna 5 percent saja otak aku..." sambung Jalil lagi.
18. Isy, Jalil ni, dah Jia Jing kata semua orang sama pun, nak 'complain' lagi.
19. 'Semua orang sama saja'. Kata-kata yang datang dari mulut Jia Jing ini merupakan kata-kata, atau nasihat yang paling bermakna yang pernah kudengar sejak sekian lama. Terima kasih, Jia Jing.
20. Saya ingin memohon maaf jikalau terdapat salah-silap, atau jikalau terguris hati siapa-siapa. 'I'm just a man'.
21. Friends, the moral of the story is, 'usaha tangga kejayaan'.
22. Never let anyone, not even your own father, tell you 'what you can or cannot be'. You want something, go get it. Nothing can stop you but your own self.
23. Need I say more?
No comments:
Post a Comment