Friday, March 20, 2009

You Want Something, Go get It. (part 1)


1. Baru-Baru ni (lebih kurang seminggu dah), result SPM 2008 diumumkan.

2. Saya dan semua budak-budak Form 5 lain dijemput ke Dewan Iskandar untuk menyaksikan majlis ringkas pengumuman prestasi keseluruhan SPM 2008 oleh Tuan Pengetua. Waktu tu lebih kurang pukul 11 pagi, baru lepas rehat.

3. Pengetua mengumumkan bahawa prestasi SPM 2008 banyak meningkat. SPM 2008 ialah tahun SPM terbaik dalam sejarah 100 penubuhan Kolej Sultan Abdul Hamid. Satu dewan bersorak dan bertepuk tangan. Tentu sekali kami semua bangga.

4. Bilangan pelajar yang mendapat straight A1 dalam semua subjek yang diambil jugak agak ramai. Dekat 30 orang semuanya. Sampai 12A1 pun ada. 7 orang. Hebat tu.

5.Megat Mohammad Fakhri, Head Boy Kolej tahun lepas, dapat 12A1. Bapa dia, Dr. Kamaruzaman, berkhidmat di Kedah Medical Center (KMC), Alor Setar.

6. Masa Pengetua serahkan slip SPM kepada pelajar-pelajar straight A1 ni, sekali lagi Dewan Iskandar hidup dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada guru-guru, penerima-penerima SPM, ibu bapa, dan budak-budak Form 5 tahun ni.

7. Sesungguhnya, pelajar-pelajar Kolej sememangnya mengerti dan sangat menghargai kecemerlangan akademik, dan juga memahami kepayahan dan dugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang pelajar untuk cemerlang, dalam erti kata yang sebenarnya, bukan sahaja dalam periksa, tetapi juga dalam sukan, permainan dsb, dan juga perkara-perkara 'lumrah hidup' seperti bisnes, kehidupan berlandaskan agama, dan tanggungjawab insan yang sempurna kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara, dan agama.

8. Saya sangat berbangga dengan pelajar-pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid.

(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment